Wednesday, February 19, 2020

Hi Assalamualaikum ini merupakan entry pertama saya dalam penulisan Blogger. Walaubagaimanapun saya cuba untuk menulis dengan yang terbaik.

Baiklah untuk perkongsian yang pertama kali ini, baru-baru ini saya telah bercuti untuk dua orang ke Jepun atau lebih tepat, kawasan barat Jepun iaitu Kansai yang merangkumi Osaka, Nara, Kyoto, Kobe dan Hiroshima. Sedikit info kepada anda yang belum pasti, bercuti ke Jepun pada bulan Disember hinggahlah ke bulan Febuari adalah percutian musim sejuk. Pada kebiasaannya, kawasan utara seperti Sapporo akan dituruni dengan salji. Kawasan tanah rendah di belah bawah juga kadangkala akan mengalami salji seperti di Kyoto sendiri. Saya akan bercerita satu demi satu perjalanan kami dari hari penerbangan pergi, aktiviti setiap hari sehinggalah kami pulang semula ke tanah air. Saya juga ada kongsikan kos perbelanjaan, beberapa jenis unlimited usage pass, tempat solat dibeberapa kawasan dan cara terbaik yg kami pelajari untuk pergi ke sesuatu tempat di sekitar Kansai kerana jaringan transit di Kansai sangat banyak dan besar.


PERSEDIAAN SEBELUM KE JEPUN

---skip perenggan ini kalau tidak ada bawa makanan tumbuhan---
Untuk anda yang hendak membawa beras/bawang/kentang, semua barang tersebut perlu di periksa oleh unit biosekuriti di neraga kita sebelum berlepas ke Jepun. Berikut adalah langkah untuk selamat agar semua barangan anda bawa boleh dibawa masuk bersama ketika ke Jepun:
1. Beli dan kumpulkan semua barang yang hendak dibawa. Pastikan tiada lagi penambahan barang atau kuantiti selepas diperiksa. Dalam situasi saya, saya membawa 2 bungkus beras (1kg setiap satu)
2. Layari laman web http://myphyto.gov.my/v7/Login/Permohonan_Fito . Buka akaun, Login dan buat permohonan secara online. Dalam permohonan, pilih tarikh untuk buat pemeriksaan dan seterusnya pilih lokasi unit biosekuriti yang terdekat untuk pemeriksaan barang. Simpan Email pengesahan temujanji untuk rujukan setelah selesai.
3. Bawa barang ke unit biosekuriti tumbuhan pada tarikh dan tempat yg telah dipilih.
4. Pegawai akan membuka bungkusan(kalau beras atau yg berbungkus) dan buat pemeriksaan dan mereka akan tampalkan tag barang telah diperiksa pada bungkusan.
5. Bayaran RM20 utk satu sijil phyto yang mengandungi info semua makanan yg kita telah diperiksa


Beras yg telah periksa


Untuk trip kali ini, kebanyakan pass yg kami gunakan, kami telah beli terlebih awal di Japan Bureau Travel Malaysia di AEON Shah Alam. Pass-pass ini juga boleh di beli secara online mahupun di kaunter-kaunter informasi di Jepun.

1. Kansai Thru Pass (3 Days)
-Ada 2 dan 3 hari pass. Kami punya 3 hari.
-Untuk kegunaan train
-Merangkumi semua Metro system (subway) termasuk Nankai(train ke airport KIX)
-Harga: bermula RM197/3hari
-Beli online : https://www.travelrecommends.com/ atau https://www.klook.com/en-MY/dan beberapa website lain. Cari, dan banding yang paling berbaloi untuk anda.
-Kami guna pada hari pertama (dari airport dan ke Nara, ke 8 dan 9 (hari terakhir untuk ke airport)
Tebus Pass di KIX airport, Tourist Information Centre

Kad Kansai Thru Pass 3Days dan Peta train di kawasan Kansai yang termasuk dalam pass

2. Osaka Amazing Pass (2 Days)
- Ada 1 dan 2 hari pass. Kami punya 2 hari
-Untuk kegunaan Metro System (subway) tidak termasuk Nankai train dan tempat-tempat pelancongan menarik disekitar Bandar Osaka yang mana dengan menggunakan pass ini, beberapa tempat lawatan adalah percuma.
-Untuk Senarai penuh tempat lawatan percuma layari https://www.osp.osaka-info.jp/en/  . Jadi anda boleh rancang tempat lawatan di Osaka berdasarkan tempat-tempat ini tanpa perlu membayar lagi.
-Harga : Bermula RM133/2 hari 
-Beli online boleh beli di https://www.travelrecommends.com/ atau https://www.klook.com/en-MY/ dan beberapa website lain. Sama juga, cari, dan banding dan pilih yang paling berbaloi untuk anda. 
-Kami guna pada hari ke 2 dan 3
-Tebus Pass di KIX airport, Tourist Information Centre

3. JR Kansai-Hiroshima Area Pass (5 Days)- agak mahal tapi Paling berkuasa
-Ada beberapa jenis hari boleh pilih, 1-7 hari
-Untuk kegunaan JR dalam bandar Osaka, perjalanan dari Osaka ke Nara, kyoto, Kobe dan Hiroshima termasuk semua Shinkansen dalam Kansai sehingga ke Hiroshima kecuali Shinkansen Kyoto-Osaka/Osaka-Kyoto. Sebab apa, saya pun x pasti. 
-Harga : RM520/5hari
-Beli online https://www.jtbmalaysia.com/japan-rail-pass/jr-west-pass/ atau terus ke kaunter di AEON Shah Alam
-Kami guna pada hari ke 4, 5, 6, 7 dan 8
-Tebus Pass di KIX airport, Tourist Information Centre

4. Kyoto City Subway
-Ada untuk 1 atau 2 hari. Kami guna yg 1 hari
-Untuk kegunaan subway metro di bandar Kyoto ke tempat -tempat menarik
-Harga : RM35/hari
-Beli online https://www.jtbmalaysia.com/japan-rail-pass/jr-west-pass/ atau terus ke kaunter di AEON Shah Alam
-Kami guna pada hari ke 7 ketika di Kyoto
-Tebus pass di mana-mana stesyen subway di Kyoto

5. Kyoto Sightseeing Pass
-Valid untuk 1 hari
-Untuk kegunaan Train Keihan Electric Railway. Banyak tempat lawatan menarik dilalui oleh train ini berbanding Kyoto City subway.
-Kami guna bersama Kyoto City Subway pass utk lagi mudah bergerak dalam bandar Kyoto
-Harga : RM26 /hari
-Tebus pass di Yodayabashi St, Kyobashi St, Kitahama St,Temmabashi St (Dalam kawasan Kyoto)

6. Hiroshima Sightseeing Loop Bus Meipuru-pu
-Valid untuk 1 hari
-Untuk kegunaan bas yang akan membawa kita melawat tempat menarik di sekitar Hiroshima
-Harga : RM16/hari
-Beli online https://www.jtbmalaysia.com/japan-rail-pass/jr-west-pass/ atau terus ke kaunter di AEON Shah Alam
-Tebus pass di Stesyen Shinkansen Hiroshima, transportation information counter (North Entrance)
-Kami guna pada hari ke 5 semasa di Hiroshima

7. Kobe City Loop Bus
-Valid untuk 1 hari
-Untuk kegunaan bas yang akan membawa kita melawat tempat menarik di sekitar bandar Kobe
-Harga : RM12/hari
-Beli online https://www.jtbmalaysia.com/japan-rail-pass/jr-west-pass/ atau terus ke kaunter di AEON Shah Alam
-Tebus pass di Stesyen Shinkansen Kobe, Kaunter informasi

8. ICOCA (Kalau perlu)
-Kad prabayar seperti TnGO. 
-Untuk kegunaan bas dan vending machine untuk beli air pun boleh
-Kami langsung x guna kad ni.
-Tebus Pass di KIX airport, Tourist Information Centre


Semua pass ini untuk kegunaan train adalah tidak tebatas (unlimited) pada hari tersebut. Perlu bijak guna. maksudnya, sekiranya anda merancang untuk hari tersebut berjalan di bandar osaka sahaja dan pergi ke tempat menarik yang percuma dgn OAP, jangan diaktifkan kad pass yang lain. Sekiranya anda Hendak ke Hiroshima, aktifkan Kansain-Hiroshima Area Pass sahaja untuk hari itu. Cara mengaktifkan ialah swipe/slot di gate masuk stesyen pada pagi hari dan ia akan berakhir pada tengah malam tersebut (kira 1 hari). 
Untuk AOP, penggunaan train adalah unlimited tetapi pass masuk ke tempat lawatan hanyalah sekali untuk 1 pass, dan ada beberapa tempat lawatan lagi dan belian barangan yang ditawarkan yangg mendapat potongan harga dgan pass ini. Semak di website untuk senarai penuh tempat dan kedai.

Secara mudahnya, kami menggunakan pass berdasarkan kawasan apa yg kami pergi pada hari tersebut
Hari 1 : Airport, penginapan, Nara - Kansai Thru Pass Day 1/3
Hari 2 : Sekitar bandar Osaka - Osaka Amazing Pass Day 1/2
Hari 3 : Sekitar bandar Osaka - Osaka Amazing Pass Day 2/2
Hari 4 : Biwako Valley Snow Park - JR Kansai Pass Day 1/5
Hari 5 : Hiroshima - JR Kansai Pass Day 2/5 dan Hiroshima Sightseeing Loop Bus
Hari 6 : Kobe - JR Kansai Pass Day 3/5 dan Kobe City Loop
Hari 7 : Kyoto - JR Kansai Pass Day 4/5, Kyoto City Subway dan Kyoto Sightseeing Pass
Hari 8 : Nara dan sekitar bandar Osaka - JR Kansai Pass Day 5/5 dan Kansai Thru Pass Day 2/3
Hari 9 : Airport - Kansai Thru Pass Day 3/3
Ini Adalah Pass-pass yang saya gunakan semasa di Kansai
(tiada dalam gambar Kobe dan Hiroshima bas pass)


*Info*
Untuk kegunaan pengangkutan train di kawasan Kansai terdapat 3 entiti besar (setakat yg saya tahu)
1. JR Train (Termasuk JR local dan Shinkansen) - Macam KTMB tapi ada train dalam bandar skali
2. Metro (Private local train / subway) - Macam RapidKL tapi,  saya hanya guna train. Bas tidak pasti
3. Nankai (Private local train utk Ke Airport KIX) - Macam ERL KLIA 
Utk semua ni ada pelbagai jenis servis train (Express/Limited Express/Limited Express Rapid)

Apa itu Express/Limited Express/Limited Express Rapid??..
Ia menentukan berapa laju kita boleh sampai ke destinasi berdasarkan berapa banyak stesyen yg train tersebut berhenti.
Contoh:
Kalau saya dari Shin-imamiya St. nak ke Airport St. total semua stesyen di antara ada 9.
Kalau guna Express: 1jam 15min - berhenti pada setiap 9 stesyen
Kalau guna Limited Express : 55min - berhenti pada 6 stesyen
Kalau guna Limited Experess Rapid : 40min - berhenti pada 3 stesyen
Senang kata, Limited Express Rapid paling laju dan kurang berhenti. Kadang kala ada servis yg guna jenis train berbeza, ada juga yang guna jenis train sama. jenis-jenis servis ini untuk pass yang saya guna semuanya tidak perlu penambahan bayaran sepanjang 8 hari di Jepun kecuali untuk servis Limited Express Rapid ke airport sahaja yang kena topup lebih sikit. 
Macam mana nak tentukan atau bila boleh naik yang mana?
Setiap stesyen ada memaparkan jadual ketibaan train, arah tuju dan jenis servis train. Jadi, sampai di Jepun nanti, tangkap gambar jadual train di stesyen yang anda rasakan perlu untuk rancang perjalanan, ataupun anda boleh gunakan aplikasi Hyperdia. 

Image result for hyperdia app android apk
   Logo aplikasi Hyperdia
Aplikasi Hyperdia ini paling banyak membantu saya sewaktu berada di Jepun berbanding aplikasi train/metro yang lain. Cubalah, anda akan faham apa maksud saya. Malangnya aplikasi ini hanya boleh dimuat turun hanya apabila kita sudah berada di Jepun



Setakat itu untuk hari ini, esok saya akan kongsikan perjalanan hari pertama ketika berada di Kansai.
Tempat pertama saya lawati ialah Nara atau dalam bahasa Pelanduk. Semoga bertemu lagi...